- Apakah Kempen Tambah Nilai dan Menang?Kempen Tambah Nilai dan Menang adalah kempen (“Kempen”) masa terhad yang dilancarkan oleh YTL Communications Sdn Bhd (“YES”) kepada Peserta yang Layak (seperti yang ditakrifkan di bawah) yang melakukan Tambah Nilai atau Data Tambahan Prabayar dan berpeluang memenangi hadiah (“Hadiah”).
- Berapa lama tempoh Kempen Tambah Nilai dan Menang?Kempen ini akan bermula pada 23hb November 2021 12:00 pagi sehingga 23hb Januari 2022, 11:59 malam (“Tempoh Kempen”).
- Siapakah yang layak untuk Kempen ini?Kempen ini terbuka untuk semua rakyat Malaysia dengan MyKad atau MyPR atau MyTentera yang sah berdaftar di bawah Pelan Perkhidmatan Prabayar YES (“Peserta yang Layak”). Jika anda berumur di bawah 18 tahun, anda dikehendaki mendapatkan kebenaran ibu bapa/penjaga anda sebelum menyertai Kempen ini. Walau bagaimanapun, pekerja YES (termasuk syarikat bersekutu dan yang berkaitan), penaja, agensi iklan / promosi, peniaga, peruncit, pembekal dan ahli keluarga terdekat mereka tidak layak memenangi Hadiah yang ditawarkan di bawah Kempen.
- Bagaimanakah Peserta yang Layak boleh menyertai Kempen Tambah Nilai dan Menang?Untuk menyertai Kempen Tambah Nilai dan Menang, setiap Perserta yang Layak perlu:-
(a) Tambah Nilai atau beli Prabayar Data Tambahan untuk akaun Perkhidmatan YES semasa Tempoh Kempen. Setiap Tambah Nilai atau Prabayar Data Tambahan mesti mempunyai nilai denominasi RM5 atau lebih; dan
(b) “LIKE” laman Facebook Yes 4GSetiap Peserta yang Layak boleh membeli satu atau lebih Tambah Nilai atau Data Tambahan Prabayar setiap hari selama Tempoh Kempen. Untuk setiap pembelian Tambah Nilai atau Prabayar Data Tambahan dengan nilai denominasi sekurang-kurangnya RM5, Peserta yang Layak akan memperoleh satu (1) tiket (“tiket”), contohnya:
• RM5 Tambah Nilai YES atau Data Tambahan Prabayar = 1 tiket
• RM100 Tambah Nilai YES atau Data Tambahan Prabayar = 20 tiketLebih banyak anda membeli Tambah Nilai YES atau Data Tambahan Prabayar, lebih banyak tiket yang anda boleh kumpul untuk memenangi Hadiah Utama dan Hadiah Mingguan.
Tiada tiket akan diberikan untuk Tambah Nilai YES dan Data Tambahan Prabayar sebelum atau selepas Tempoh Kempen.
- Bagaimanakah Peserta yang Layak dipilih sebagai pemenang (“Pemenang”) dan apakah hadiah untuk Kempen Tambah Nilai dan Menang ini?Anda boleh merujuk kepada Terma dan Syarat Kempen Tambah Nilai dan Menang untuk proses pemilihan Pemenang.
- Apakah itu Baucar Data 10GB?Baucar Data 10GB akan diberi dalam bentuk Kod Baucar. Kod Baucar ini boleh ditebus dan diaktifkan di MyYes App, MyAccount or Self-Care ExpressPay Portal. Kod Baucar hanya boleh ditebus sekali sahaja.
- Apakah tempoh sah Kod Baucar Data 10GB?Baucar Data 10GB mesti ditebus dan diaktifkan dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh pemenang menerima Kod Baucar dan Kod Baucar disertakan dengan tempoh sah selama tiga puluh (30) hari.
- Bilakah Peserta yang Layak akan mengetahui adakah dia telah memenangi Hadiah?Pemenang Mingguan akan diumumkan di halaman Facebook YES (https://www.facebook.com/Yes4G/) pada tarikh yang ditetapkan seperti di bawah:
Pemenang untuk Minggu 1 (23hb November 2021, 12:00 pagi – 29hb November 2021, 6:00 petang): 30hb November 2021
Pemenang untuk Minggu 2 (29hb November 2021, 6:01 petang – 06hb Disember 2021, 6:00 petang): 7hb Disember 2021
Pemenang untuk Minggu 3 (06hb Disember 2021, 6:01 petang – 13hb Disember 2021, 6:00 petang): 14hb Disember 2021
Pemenang untuk Minggu 4 (13hb Disember 2021, 6:01 petang – 20 Disember 2021, 6:00 petang): 21 Disember 2021
Pemenang untuk Minggu 5 (20hb Disember 2021, 6:01 petang – 27hb Disember 2021, 6:00 petang): 28hb Disember 2021
Pemenang untuk Minggu 6 (27hb Disember 2021, 6:01 petang – 03hb Januari 2022, 6:00 petang): 04hb Januari 2022
Pemenang untuk Minggu 7 (03hb Januari 2021, 6:01 petang – 10hb Januari 2022, 6:00 petang): 11hb Januari 2022
Pemenang untuk Minggu 8 (10hb Januari 2022, 6:01 petang – 17 Januari 2022, 6:00 petang): 18hb Januari 2022
Pemenang untuk Minggu 9 (17hb Januari 2022, 6:01 petang – 23hb Januari 2022, 6:00 petang): 24hb Januari 2022Pemenang hadiah utama bulanan akan diumumkan di halaman Facebook YES (https://www.facebook.com/Yes4G/) pada tarikh yang ditetapkan seperti di bawah
Pemenang untuk November 2021 (23hb November 2021 – 23hb Disember 2021): 24hb Disember 2021
Pemenang untuk Disember 2021 (24hb Disember 2021 – 23hb Januari 2022): 24hb Januari 2022
- Berapakah Hadiah yang boleh dimenangi oleh Peserta yang Layak dalam Tempoh Kempen?Setiap Peserta yang Layak berkemungkinan memenangi hanya satu (1) hadiah utama sepanjang Tempoh Kempen tetapi berkemungkinan memenangi lebih dari satu (1) hadiah mingguan sepanjang Tempoh Kempen.
- Bagaimanakah Pemenang perlu mendapatkan Hadiah yang dimenangi?Untuk Hadiah Utama, setiap Pemenang perlu mengambil Hadiah dalam masa tiga puluh (30) hari kalendar selepas tamat Tempoh Kempen (Tempoh Koleksi) dari YES Store (Lot 10). Jika Pemenang tinggal di Lembah Klang. Sekiranya Pemenang tinggal di luar Lembah Klang, YES akan menghantarkan Hadiah ke alamat penghantaran Pemenang (seperti pengesahan yang diberikan).
Untuk Hadiah mingguan, Kod Baucar Data akan dihantar kepada pemenang melalui E-mel atau SMS atau Notifikasi Push melalui aplikasi MyYes. - Bolehkah Pemenang menukar Hadiah nya dengan wang tunai?Semua Hadiah tidak boleh ditukarkan dengan wang tunai.

