... ...

Keselamatan anda adalah keutamaan kami​

Di Yes, adalah menjadi keutamaan kami untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dan produk yang selamat kepada semua pelanggan kami.

Pengecas Yes Altitude 3 (model M685Y4) yang terjejas telah dikenal pasti dan kami ingin menawarkan penggantian pengecas kepada setiap pelanggan kami yang terjejas tanpa sebarang kos.

Pelanggan yang terjejas akan dihubungi melalui emel bagi program penggantian pengecas tanpa kos ini. Sementara itu, anda digalakkan untuk menggunakan pengecas lain untuk Altitude 3 yang diperakui SIRIM.

Jangan risau kerana telefon pintar Altitude 3 telah disahkan oleh SIRIM sebagai selamat untuk digunakan.

Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila hubungi kami di yescare@yes.my.

DAPATKAN SEKARANG